Sejarah awal penubuhan Persatuan Taekwon-Do KUSZA (UniSZA dahulu dikenali sebagai KUSZA) ini bermula kira-kira 10 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2003. Pada tahun tersebut, jurulatih kami Sir Khairul Hazwan bin Abu Hassan adalah antara 6 orang terawal yg bertanggungjawab menubuhkan persatuan Taekwon-Do yg hingga kini kukuh bertapak di UniSZA.
Sir Khairul
Bermula dengan hanya 6 orang ahli kini telah berkembang menjadi seramai 40 orang. Pada peringkat awal, keahlian persatuan ini hanya terbuka kepada lelaki sahaja. Namun jumlah ini meningkat mendadak sehingga menjadi seramai 60 orang, apabila keahlian mula dibuka kepada perempuan pada tahun 2006. Ketika ini, KUSZA telah bertukar nama menjadi Universit Darul Iman (UDM). Peningkatan yang sangat memberangsangkan ini menunjukkan minat pelajar2 terhadap seni Taekwon-Do ITF telahberkembang dari semasa ke semasa seiring dengan usaha gigih Majlis Kepimpinan Persatuan Taekwon-Do ITF UDM yg diterajui oleh Sir Khairul.
Sir zaman muda remaja...
Kini, Persatuan Taekwon-Do ITF UDM telah bertukar nama menjadi Persatuan Taekwon-Do ITF UniSZA atau U.S.T.A (UniSZA Taekwon-Do ITF Association) dan masih giat meneruskan perjuangan memartabatkan seni mempertahankan diri Tae Kwon Do ITF di UniSZA. Sejak tahun 2003 sehingga sekarang, barisan kepimpinan telah diterajui oleh beberapa individu termasuklah Sir Khairul, saudara Mohd Fauze, saudara Kamarul, saudara Bazil, dan yang terkini saudara Wan Afiq.
Antara aktiviti yang giat dijalankan ialah Demo Taekwon-Do ITF dalam majlis konvokesyen UniSZA, dan penyertaan setiap tahun dalam tournament2 tempatan anjuran pihak swasta dan awam. Dari tahun ke tahun, persatuan kami telah menyertai banyak kejohanan Taekwon-Do ITF antaranya bertempat di Jitra Mall, Kedah dan Stadium Tertutup Titiwangsa. Antara program2 lain termasuklah Bengkel Pemantapan Kitas 2004 dan Kursus Kecergasan dan Kempen Derma Darah pada tahun 2011.
Jitra Mall, Kedah
Stadium, Titiwangsa
Kejohanan Tae Kwon Do ITF Kebangsaan 2011
Ada yg dapat emas, perak, gangsa, tapi yg paling happy mestilah Sir.haha
Antara barisan black belt ahli persatuan kami. Yg 4 dari kiri tu Sir Wee, penguji kami.
Presiden terdahulu dan sekarang dalam satu gambar
Ahli-ahli USTA yang gigih dan berdedikasi!
Jadi, setakat ini sahajalah, serba sedikit penerangan tentang sejarah penubuhan Persatuan Taekwon-Do ITF UniSZA. Semoga pada masa akan datang, persatuan ini akan terus berkembang dan kekal cemerlang di bumi UniSZA yang tercinta ini.
Bagi pelajar UniSZA yang berminat untuk mempelajari Taekwon-Do ITF, boleh la inbox NAMA, KURSUS PENGAJIAN dan NO TELEFON di alamat facebook:
http://www.facebook.com/groups/212987642083651/?fref=ts
Selamat malam!