Kesemua ahli telah menunjukkan semangat yang tidak luntur, dan cekal menghadapi cuaca yang tidak menentu dalam usaha mendapatkan double promotion setelah berhempas-pulas memerah keringat semasa sesi latihan. Namun begitu,memandangkan ujian kenaikan ini mengutamakan kualiti, hanya seorang sahaja ahli U.S.T.A yang mendapat double promotion iaitu saudari Ain Waheeda yang kini secara rasmi menjadi pemegang tali pinggang berwarna hijau.
Apa-apa pun, tahniah buat semua ahli atas usaha anda yang konsisten dan mantap. Ilmu yang diperoleh , kita amalkan untuk memastikan ia terus kekal dalam diri dan akhirnya sebati dengan fizikal dan mental kita. Semoga ahli-ahli U.S.T.A terus maju dan istiqamah serta sabar dalam mempelajari seni mempertahankan diri Taekwon-Do ITF.
No comments:
Post a Comment