Tuesday 2 July 2013

Grading Taekwon-Do ITF UniSZA kali ke-32 (22 Jun 2013)

Alhamdulillah, Majlis Kenaikan Tali Pinggang U.S.T.A telah pun berjaya dijalankan dengan lancar. Kali ini, seramai 29 orang termasuk 5 orang daripada persatuan luar telah menyertai ujian yang dikendalikan Sir Wee. Ujian kenaikan ini bertempat di Rumah Sarjan Hearuddin yg terletak berhadapan dengan pagar belakang Universiti Sultan Zainal Abidin. Walaupun panas terik matahari yang disusuli hujan pada petangnya, ini tidak mematahkan semangat para ahli U.S.T.A untuk melakukan yang terbaik bagi memperoleh keputusan cemerlang ketika sesi pengujian.

Kesemua ahli telah menunjukkan semangat yang tidak luntur, dan cekal menghadapi cuaca yang tidak menentu dalam usaha mendapatkan double promotion setelah berhempas-pulas memerah keringat semasa sesi latihan. Namun begitu,memandangkan ujian kenaikan ini mengutamakan kualiti,  hanya seorang sahaja ahli U.S.T.A yang  mendapat double promotion iaitu saudari Ain Waheeda yang kini secara rasmi menjadi pemegang tali pinggang berwarna hijau.

Apa-apa pun, tahniah buat semua ahli atas usaha anda yang konsisten dan mantap. Ilmu yang diperoleh , kita amalkan untuk memastikan ia terus kekal dalam diri dan akhirnya sebati dengan fizikal dan mental kita. Semoga ahli-ahli U.S.T.A terus maju dan istiqamah serta sabar dalam mempelajari seni mempertahankan diri Taekwon-Do ITF.













Sepagi di Teluk Ketapang.

Pada 2 Jun yg lepas, U.S.T.A  telah mengadakan sesi latihan pagi di pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Aktiviti ini telah disertai oleh ahli  Sir Khairul dan ahli U.S.T.A  seramai 14 orang yang terdiri daripada 12 orang perempuan dan dua orang lelaki. Sesi latihan secara santai ini bermula seawal 8.00am dan selesai pada pukul 10.00am. Antara latihan  yg dijalankan termasuklah pattern, teknik three-steps sparring, dan physical conditioning. 

Dalam keadaan pasir pantai yang tebal dan jerlus serta cahaya matahari yg terik, ia sedikit sebanyak membantu meningkatkan lagi kekuatan dan daya tahan fizikal kami dlm usaha mendalami ilmu mempertahankan diri Taekwon-Do ITF ini.

Segala kerjasama ahli U.S.T.A amat dihargai.

Berikut merupakan foto-foto yg sempat ditangkap sewaktu training dijalankan =D










Saturday 30 March 2013

Perbezaan ringkas antara Taekwon-Do ITF dan WTF


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bagi sesiapa yg bukan pengamal Taekwon-Do, kebanyakannya tidak maklum tentang adanya
ITF(International Taekwon-Do Federation) dan WTF(World Taekwon-Do Federation), yang mereka maklum hanyalah satu shj iaitu Taekwon-Do. Jadi dalam post kali ini kami akan menerangkan secara ringkas tentang perbezaan antara Taekwon-Do ITF dan WTF. 







Taekwon-Do ITF diasaskan pada 1955 oleh Gen. Choi Hong Hi.  ITF ditubuhkan pada 1966 dengan 9 negara ahli dan Gen. Choi menjadi presiden ITF yg pertama.

Gen. Choi mencipta 24 pattern (dikenali sebagai  'Tul') yang diterbitkan di dalam buku "Taekwon-Do The Art Of Self Defense" pada 1965.  Semua Tul dinamakan sempena pahlawan Korea silam dan berkonsepkan sejarah Korea.
Cara persembahan dan penjanaan teknik juga berbeza dengan WTF.  Pergerakan pattern ITF mempunyai asas gerakan gelombang atau sine-wave motion.


Dalam ITF, pelatih menggunakan sarung tangan (hand glove) dan sarung kaki (leg glove) khas untuk free-sparring bagi mengurangkan risiko kecederaan terhadap lawan dan kecederaan pada diri. Perlindungan lain untuk kepala (head gear), dan mulut(mouthguard) yang diperbuat daripada bahan lembut juga dibenarkan sekiranya perlu.  Tumbukan ke arah muka dan badan dibenarkan. Bahagian larangan ialah belakang kepala, belakang tubuh dan bawah paras tali pinggang. 
Jika konsep 'light-sparring' digunakan, pengamal tidak benarkan menjana teknik dengan daya yang melampau atau tinggi yang boleh mencederakan lawan.Acara dalam pertandingan tidak terhad kepada free sparring sahaja tetapi pattern, teknik khas, pecahan dan acara berkumpulan.


Credit to Nicola Konig, ZIMBIO
                                       
                                                                     


Uniform putih ITF menggunakan zip dari bawah hingga ke bahagian tengah baju.  Pemegang tali pinggang hitam menggunakan uniform berjalur hitam pada bahagian bawah baju.  Pemegang tali pinggang hitam 4th Dan dan ke atas mempunyai tambahan jalur pada lengan baju dan seluar.



Credit to ITF Brussels.skynetblogs
                                 

Credit to Fuji Mae New Zealand
                                                        

Sistem tahap dalam ITF mempunyai 10 gred tali pinggang warna dan 9 tahap tali pinggang hitam dikenali sebagai Dan.  Panggilan Master hanya untuk mereka yang memperolehi 7 Dan ke 8 Dan.  Panggilan Grandmaster pula hanya untuk  9 Dan.

ITF mematuhi rukun-rukun Taekwon-do dan falsafah yang diajar oleh Gen.Choi Hong Hi, pengasas Taekwon-do.  Penekanan diberi kepada pelatih dalam falsafah, nilai murni, teori pattern, kesempurnaan teknikal dan aspek-aspek kesukanan serta kesenian.








Berbeza dgn WTF, WTF telah ditubuhkan pada tahun 1973 di Korea Selatan hasil daripada konflik dalaman yg membawa kepada penubuhan WTF. 

WTF telah melalui beberapa perubahan dalam set pattern atau form yang dikenali sebagai 'Poom-Sae'.  Poom-Sae yang asal diamal oleh WTF ialah Ki-Cho 1 hingga 3 dan Pal-Gwe 1 hingga 8.  Kebanyakan pusat latihan WTF tidak lagi mengamalkan Ki-Cho dan Pal-Gwe tetapi lebih mengutamakan Tae-Geuk 1 hingga 8 bagi pelatih bukan bertalipinggang hitam.  Peringkat tali pinggang hitam mengamalkan set Poom-Sae yang berlainan.
WTF tidak menggunakan pergerakan berasaskan gelombang seperti ITF.






Pelatih WTF menggunakan perlindungan dada seperti jaket pelindung(chest guard) dan perlindungan kepala (head gear).  Sarung tangan dan kaki tidak digunakan dlm kebanyakkan masa.  Tumbukan ke arah muka dilarang sama sekali.  Konsep 'full-contact' digunakan, pelatih boleh menjana teknik dengan daya yang tinggi.



Credit to guneydeimece.com
                                                                            

WTF menggunakan uniform berbentuk V pada leher (V-Neck) dan mempunyai warna yang pelbagai.  Pemegang tali pinggang hitam junior mempunyai jalur hitam dan merah pada leher uniform.






WTF membenarkan panggilan Master kepada pemegang 5 Dan.  Tahap terakhir adalah 10 Dan.WTF amat menitik beratkan aspek kesukanan dan begitu menumpukan konsep pertandingan dan Olimpik. Justeru sistem latihan bertumpu pada latihan stamina, sparring dan tendangan pad.

Jadi itulah serba sedikit penerangan tentang Taekwon-Do ITF dan WTF, terdapat satu lagi cabang iaitu GTF(Global Tae Kwon Do Federation) tetapi akan diterangkan pada post yg lain.

Sekian shj drpd kami =)

Bagi pelajar UniSZA yang berminat untuk mempelajari Tae Kwon Do ITF, boleh la inbox NAMA, KURSUS PENGAJIAN dan NO TELEFON di alamat facebook: http://www.facebook.com/groups/212987642083651/?fref=ts

Sunday 24 March 2013

Sejarah Penubuhan U.S.T.A


Sejarah awal penubuhan Persatuan Taekwon-Do KUSZA (UniSZA dahulu dikenali sebagai KUSZA) ini bermula kira-kira 10 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2003. Pada tahun tersebut, jurulatih kami Sir Khairul Hazwan bin Abu Hassan adalah antara 6 orang terawal yg bertanggungjawab menubuhkan persatuan Taekwon-Do yg hingga kini kukuh bertapak di UniSZA. 


Sir Khairul


Bermula  dengan hanya 6 orang ahli kini telah berkembang menjadi seramai 40 orang. Pada peringkat awal, keahlian persatuan ini hanya terbuka kepada lelaki sahaja. Namun jumlah ini meningkat mendadak sehingga menjadi seramai 60 orang, apabila keahlian mula dibuka kepada perempuan pada tahun 2006. Ketika ini, KUSZA telah bertukar nama menjadi Universit Darul Iman (UDM). Peningkatan yang sangat memberangsangkan ini menunjukkan minat pelajar2 terhadap seni Taekwon-Do ITF telahberkembang dari semasa ke semasa seiring dengan usaha gigih Majlis Kepimpinan Persatuan Taekwon-Do ITF UDM yg diterajui oleh Sir Khairul.


Sir zaman muda remaja...


Kini, Persatuan Taekwon-Do ITF UDM telah bertukar nama menjadi  Persatuan Taekwon-Do ITF UniSZA atau U.S.T.A (UniSZA Taekwon-Do ITF Association) dan masih giat meneruskan perjuangan memartabatkan seni mempertahankan diri Tae Kwon Do ITF di UniSZA. Sejak tahun 2003 sehingga sekarang, barisan kepimpinan telah diterajui oleh beberapa individu termasuklah Sir Khairul, saudara Mohd Fauze, saudara Kamarul, saudara Bazil, dan yang terkini saudara Wan Afiq. 

Antara aktiviti yang giat dijalankan ialah Demo Taekwon-Do ITF dalam majlis konvokesyen UniSZA, dan penyertaan setiap tahun dalam tournament2 tempatan anjuran pihak swasta dan awam. Dari tahun ke tahun, persatuan kami telah menyertai banyak kejohanan Taekwon-Do ITF antaranya bertempat di Jitra Mall, Kedah dan Stadium Tertutup Titiwangsa. Antara program2 lain termasuklah Bengkel Pemantapan Kitas 2004 dan Kursus Kecergasan dan Kempen Derma Darah pada tahun 2011.


Jitra Mall, Kedah


Stadium, Titiwangsa


Kejohanan Tae Kwon Do ITF Kebangsaan 2011


Ada yg dapat emas, perak, gangsa, tapi yg paling happy mestilah Sir.haha


Antara barisan black belt ahli persatuan kami. Yg 4 dari kiri tu Sir Wee, penguji kami.


Presiden terdahulu dan sekarang dalam satu gambar


Ahli-ahli USTA yang gigih dan berdedikasi!


Jadi, setakat ini sahajalah, serba sedikit penerangan tentang sejarah penubuhan Persatuan Taekwon-Do ITF UniSZA. Semoga pada masa akan datang, persatuan ini akan terus berkembang dan kekal cemerlang di bumi UniSZA yang tercinta ini.




Bagi pelajar UniSZA yang berminat untuk mempelajari Taekwon-Do ITF, boleh la inbox NAMA, KURSUS PENGAJIAN dan NO TELEFON di alamat facebook:

http://www.facebook.com/groups/212987642083651/?fref=ts


Selamat malam!

Promote-promote

Assalammualaikum,

Kelab kami membuka keahlian baru kepada pelajar-pelajar UniSZA yang berminat untuk menyertai kelab kami.

Jika anda seorang yang
  • Cekal
  • Berdisiplin
  • Berdedikasi
  • Mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari seni pertahanan diri Taekwon Do ITF (International Tae Kwon-Do Federation).

Jangan segan silu  dan inbox kami NAMA, KURSUS PENGAJIAN dan NO TELEFON di alamat facebook:

http://www.facebook.com/groups/212987642083651/?fref=ts


Saturday 23 March 2013

Grading Taekwon-Do ITF UniSZA kali ke-31 (4 Mac 2013)

Assalamualaikum,
Pada 4 Mac 2013, Ujian Kenaikan Tali Pinggang telah diadakan. seramai 30 orang telah mengambil bahagian dalam ujian kali ni.

Tahniah diucapkan kepada ahli U.S.T.A Fatin Hanis bt Marzuki kerana berjaya memperoleh tali pinggang hitam 1st Dan dan juga Saudara Faiz kerana berjaya mendapat 'double promotion'

Tidak lupa juga kepada semua ahli yg terlibat diatas usaha dan penat lelah yang telah dicurah bagi menghadapi ujian kenaikan kali ini. Ada yang sampai terseliuh kaki, retak tulang tapi itu bukan pemadam semangat untuk terus berlatih dan berlatih. Semoga terus konsisten dalam latihan dan terus cemerlang dalam prestasi.