Tuesday 2 July 2013

Grading Taekwon-Do ITF UniSZA kali ke-32 (22 Jun 2013)

Alhamdulillah, Majlis Kenaikan Tali Pinggang U.S.T.A telah pun berjaya dijalankan dengan lancar. Kali ini, seramai 29 orang termasuk 5 orang daripada persatuan luar telah menyertai ujian yang dikendalikan Sir Wee. Ujian kenaikan ini bertempat di Rumah Sarjan Hearuddin yg terletak berhadapan dengan pagar belakang Universiti Sultan Zainal Abidin. Walaupun panas terik matahari yang disusuli hujan pada petangnya, ini tidak mematahkan semangat para ahli U.S.T.A untuk melakukan yang terbaik bagi memperoleh keputusan cemerlang ketika sesi pengujian.

Kesemua ahli telah menunjukkan semangat yang tidak luntur, dan cekal menghadapi cuaca yang tidak menentu dalam usaha mendapatkan double promotion setelah berhempas-pulas memerah keringat semasa sesi latihan. Namun begitu,memandangkan ujian kenaikan ini mengutamakan kualiti,  hanya seorang sahaja ahli U.S.T.A yang  mendapat double promotion iaitu saudari Ain Waheeda yang kini secara rasmi menjadi pemegang tali pinggang berwarna hijau.

Apa-apa pun, tahniah buat semua ahli atas usaha anda yang konsisten dan mantap. Ilmu yang diperoleh , kita amalkan untuk memastikan ia terus kekal dalam diri dan akhirnya sebati dengan fizikal dan mental kita. Semoga ahli-ahli U.S.T.A terus maju dan istiqamah serta sabar dalam mempelajari seni mempertahankan diri Taekwon-Do ITF.













Sepagi di Teluk Ketapang.

Pada 2 Jun yg lepas, U.S.T.A  telah mengadakan sesi latihan pagi di pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Aktiviti ini telah disertai oleh ahli  Sir Khairul dan ahli U.S.T.A  seramai 14 orang yang terdiri daripada 12 orang perempuan dan dua orang lelaki. Sesi latihan secara santai ini bermula seawal 8.00am dan selesai pada pukul 10.00am. Antara latihan  yg dijalankan termasuklah pattern, teknik three-steps sparring, dan physical conditioning. 

Dalam keadaan pasir pantai yang tebal dan jerlus serta cahaya matahari yg terik, ia sedikit sebanyak membantu meningkatkan lagi kekuatan dan daya tahan fizikal kami dlm usaha mendalami ilmu mempertahankan diri Taekwon-Do ITF ini.

Segala kerjasama ahli U.S.T.A amat dihargai.

Berikut merupakan foto-foto yg sempat ditangkap sewaktu training dijalankan =D