Tuesday 2 July 2013

Grading Taekwon-Do ITF UniSZA kali ke-32 (22 Jun 2013)

Alhamdulillah, Majlis Kenaikan Tali Pinggang U.S.T.A telah pun berjaya dijalankan dengan lancar. Kali ini, seramai 29 orang termasuk 5 orang daripada persatuan luar telah menyertai ujian yang dikendalikan Sir Wee. Ujian kenaikan ini bertempat di Rumah Sarjan Hearuddin yg terletak berhadapan dengan pagar belakang Universiti Sultan Zainal Abidin. Walaupun panas terik matahari yang disusuli hujan pada petangnya, ini tidak mematahkan semangat para ahli U.S.T.A untuk melakukan yang terbaik bagi memperoleh keputusan cemerlang ketika sesi pengujian.

Kesemua ahli telah menunjukkan semangat yang tidak luntur, dan cekal menghadapi cuaca yang tidak menentu dalam usaha mendapatkan double promotion setelah berhempas-pulas memerah keringat semasa sesi latihan. Namun begitu,memandangkan ujian kenaikan ini mengutamakan kualiti,  hanya seorang sahaja ahli U.S.T.A yang  mendapat double promotion iaitu saudari Ain Waheeda yang kini secara rasmi menjadi pemegang tali pinggang berwarna hijau.

Apa-apa pun, tahniah buat semua ahli atas usaha anda yang konsisten dan mantap. Ilmu yang diperoleh , kita amalkan untuk memastikan ia terus kekal dalam diri dan akhirnya sebati dengan fizikal dan mental kita. Semoga ahli-ahli U.S.T.A terus maju dan istiqamah serta sabar dalam mempelajari seni mempertahankan diri Taekwon-Do ITF.













No comments:

Post a Comment